Rabu, 10 Oktober 2012

Tujuh Agensi Setuju Wujud SOP Selaras Penguatkuasaan Jalan Raya


KUALA LUMPUR: Tujuh agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bersetuju mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menyelaras penguatkuasaan peraturan pengangkutan jalan raya bagi mengelak pertindihan kuasa serta kekeliruan awam.
Lima agensi lain ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Perbadanan Putrajaya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kecurian motosikal kekal tertinggi

Gambar hiasan

MANJUNG - Jenayah kecurian motosikal masih mencatat bilangan tertinggi walaupun rekod indeks jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada tahun ini menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba memaklumkan, bermula Januari hingga September tahun ini, sebanyak 247 kes kecurian motosikal direkodkan berbanding 266 kes dalam tempoh masa sama, tahun lalu.

Beliau berkata, sungguhpun terdapat penurunan dari segi angka, kes kecurian motosikal tetap merupakan antara kes tertinggi dicatatkan berbanding kes-kes kecurian lain.

Niat samun tapi pura-pura beli sayur


Niat samun tapi pura-pura beli sayur
IPOH - Bapa kepada seorang wartawan akhbar berbahasa Cina berdepan detik cemas apabila didatangi dua lelaki yang berpura-pura mahu membeli sayur sebelum diugut menggunakan parang dalam satu kejadian di sebuah kebun sayur di Bercham, petang kelmarin.

Dalam insiden jam 4.30 petang itu, Pheong Kui Foo, 57, sedang sibuk menyembur ubat di kebun sayurnya sebelum didatangi dua lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Kedua-dua lelaki itu menaiki motosikal dan memasuki bangsal yang terletak kira-kira 200 meter dari pintu pagar masuk kebunnya.

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui

Gambar hiasan

IPOH - Polis menemui mayat seorang lelaki terbaring dengan kesan kecederaan di kepala, dipercayai dibunuh, di belakang sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini malam tadi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat itu ditemui pada 10.45 malam oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.
   
Mangsa, yang berusia lingkungan 50-an dan berbangsa Cina, dipercayai dipukul dengan objek keras, katanya ketika dihubungi hari ini.
   

Trauma selepas disamun


Trauma selepas disamun
Mangsa luka selepas diserang dua lelaki ketika berhenti di tepi jalan

IPOH - “Sehingga hari ini, saya amat takut dan trauma untuk memberhentikan kereta di tepi jalan, bimbang kejadian sama berulang,” kata K J Looi, 41, mangsa samun dalam satu kejadian di perhentian bas Jalan Medan Ipoh, di sini.

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.10 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah di bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, ketika membuat pusingan U untuk menghala ke rumahnya dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada majikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...