Isnin, 15 September 2014

Dua Beranak Berdepan 420 Pertuduhan Seleweng 12 Juta Liter Minyak Subsidi


ALOR SETAR: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas 420 pertuduhan menyeleweng minyak bersubsidi berjumlah 12,286,347 liter membabitkan nilai RM24.6 juta tahun lepas.

Lim Ah Hua, 70, dan anak lelakinya, Lim Heap Hoe, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Ibrahim Osman.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober untuk sebutan semula kes.


Mereka masing-masing berdepan 140 kesalahan individu membabitkan 137 pertuduhan gagal menyediakan penyata jualan kepada pembeli sejurus selesai jualan barang berjadual, dua pertuduhan gagal menyelenggara buku stok seperti yang disyaratkan dan satu pertuduhan menjual kepada pihak yang tidak dibenarkan selaku pemborong.


Penoreh Getah Ditemui Mati Dibunuh

Gambar hiasan
TAMPIN: Seorang penoreh getah ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah disyaki dibunuh di sebuah kebun getah di Ladang 300 Ekar, Air Kuning Selatan dekat sini, pagi Ahad.
Mayat K. Arumugam, 50, ditemui pada kira-kira 2 pagi oleh majikannya dengan kesan luka di bahagian kepala dan belakang badan serta muka berdarah.
Selain itu, terdapat kesan tompokan darah kira-kira 10 meter dari mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...