Khamis, 3 Januari 2013

Lelaki Nyaris Jadi Mangsa 'Macau Scam'


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang hampir menjadi mangsa sindiket penipuan melalui telefon atau 'Macau Scam' membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Hamdanawal Muhamad Sukri, 26, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Rabu.
Menceritakan kejadian yang dialaminya, Hamdanawal berkata beliau menerima panggilan daripada 'unknown number' yang mendakwa kononnya panggilan itu daripada Pos Malaysia pada kira-kira 9.20 pagi.

Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

Gambar hiasan

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat hampir reput di persisiran pantai berhampiran sebuah markas tentera di Batu Feringghi di sini, malam tadi.

Mayat yang tidak dapat dikenali jantinanya itu ditemui pada jam 8.20 malam selepas lelaki berkenaan tercium bau busuk dari kawasan sekitar. 


Mayat wanita warga asing ditemui di Melaka


MELAKA TENGAH: Mayat seorang wanita warga asing ditemui di Jalan Ujung Padang, cheng di sini, pagi tadi, selepas disyaki dibunuh. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mayat wanita berusia dalam lingkungan 20an itu ditemui dalam keadaan tertiarap. 

Bekas ASP bebas tuduhan merompak


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) Hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merompak dua lelaki, tiga tahun lalu. 

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Che Anua Che Omar, 57, di akhir kes pendakwaan. 

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan resit pengeluaran wang daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) oleh saksi pendakwaan pertama iaitu Ahmad Shabri Mohd Halami. 

Lelaki Myanmar mati ditikam ketika bergelut dengan penyamun


KUALA LUMPUR: Sambutan tahun baru bagi seorang lelaki warganegara Myanmar bertukar tragedi apabila mati ditikam ketika bergelut dengan sekumpulan penyamun di Jalan Kenanga, Loke Yew, Pudu, di sini, awal pagi ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berumur 25 tahun dipercayai dibunuh selepas cuba melawan dengan beberapa suspek yang cuba menyamunnya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...