Memaparkan catatan dengan label Mayat Reput. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mayat Reput. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

Mayat Hampir Hancur Ditemui Di Pulau Perhentian


KUALA BESUT: Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung berhampiran Pulau Lang Tengah dekat Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat itu dipercayai warga asing berdasarkan tatoo pada badannya.

Katanya mayat tersebut disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang hilang masing-masing pada 6 dan 12 November lalu.

"Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Mayat kemudian dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar bagi bedah siasat di Hospital Besut di sini Ahad.
Katanya pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada Rabu malam di Besut dan mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang di laut itu.

Khamis, 3 Januari 2013

Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

Gambar hiasan

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat hampir reput di persisiran pantai berhampiran sebuah markas tentera di Batu Feringghi di sini, malam tadi.

Mayat yang tidak dapat dikenali jantinanya itu ditemui pada jam 8.20 malam selepas lelaki berkenaan tercium bau busuk dari kawasan sekitar. 


Isnin, 27 Ogos 2012

Mayat reput dalam hutan


Mayat reput dalam hutan
DUNGUN – Misteri kehilangan seorang lelaki berbangsa Cina yang masuk ke hutan untuk aktiviti riadah sejak seminggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan separuh reput, di tengah hutan, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Nian Hoi Chung, dipercayai masuk ke hutan Hulu Kelemin sejak 17 Ogos lalu sebelum dia dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Kehilangan Nian, seorang eksekutif periklanan sambilan di syarikat swasta di Kuala Lumpur disedari rakannya, Lim Siang Hui, 32, selepas mangsa gagal dihubungi. Menurut Siang Hui yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun,  kali terakhir dia menghubungi mangsa pada 17 Ogos lalu sebelum mangsa gagal dikesan tiga hari kemudian.

Siang Hui berkata, mangsa sepatutnya pulang semula ke Kuala Lumpur seminggu selepas itu, namun dia terus menghilangkan diri selepas memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia akan masuk hutan untuk aktiviti perkhemahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...