KUALA TERENGGANU - Seorang pesara kerajaan kerugian hampir RM200,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan penghantaran bungkusan palsu yang disyaki didalangi warga Afrika baru-baru
ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superitendan Koh Ah Tiam
berkata, mangsa yang membayar amaun tersebut menerusi tujuh transaksi antara 17
Jun dan 23 Jun lalu hanya menyedari dirinya tertipu dan membuat aduan berhubung
kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada semalam.