PUTRAJAYA, 3
Jan (Bernama) -- Polis hari ini menahan empat lelaki tempatan yang menyamar
sebagai anggota polis dengan memeras ugut dan meminta wang tebusan daripada
seorang warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, petang semalam.
Ketua Polis
Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata tiga suspek berumur antara 35 dan 47
tahun ditahan di balai pelepasan KLIA, manakala seorang lagi berumur 54 tahun
ditangkap di sekitar Jalan Masjid KLIA.