Ahad, 6 Mac 2011

Pelajar patah tangan dibelasah rakan sekolah


KANGAR - Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, dekat sini, patah tangan kiri akibat dibelasah rakan sekolahnya pada Jumaat lalu.


Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, patah lengan kiri, tulang bahu kiri terkehel dan luka di pipi kiri akibat dibelasah tiga pelajar dan dua daripada mereka adalah rakan sekelasnya.


Menceritakan kejadian itu, pelajar itu berkata dia sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup apabila ditarik keluar oleh seorang pelajar dan membawanya kepada 10 pelajar lain yang menunggu di bahagian bawah bangunan sekolah.


Bagaimanapun, katanya hanya tiga daripada mereka yang bertindak memukulnya.

Wang SES: Peneroka lapor polis

TEMERLOH, 5 Mac: Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang.


Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan.

Program rondaan bersama ATM-PDRM diperluas

KUALA LUMPUR: Kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia melalui program rondaan bersama di kawasan tumpuan jenayah dijangka diperluaskan menjelang pertengahan tahun ini. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata keputusan itu berikutan hasil positif yang dicatat menerusi projek perintis di 15 kawasan yang dilaksana sejak November lalu.
"Program ini mungkin akan dilaksanakan di negeri lain pada pertengahan tahun ini setelah laporan kajian mengenainya disiapkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Terbuka Tentera Darat sempena Ulang Tahun ke-78 angkatan itu, di sini hari ini.

Katanya, sebanyak dua pusat latihan ATM digunakan bagi melatih rekrut polis serta mengadakan program bersama untuk memantapkan kerjasama itu. - BERNAMA 

Pemilik ladang lembu ditemui mati ditetak


JOHOR BAHRU : Mayat seorang pemilik ladang lembu ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 20 kilometer dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat R Nithyananthan, 38, oleh orang ramai yang melalui kawasan ladang berkenaan pada kira-kira 2.40 petang.

Murid tahfiz lari ikut kawan

KAMI CINTA ALQURAN
MELAKA: “Hanya Tuhan mengetahui perasaan saya yang menangis hampir setiap hari dan tidak berselera makan kerana memikirkan nasib dan keselamatan dirinya,” kata Jamiah Md Deris, 66.

Cucunya, Muhammad Haiqal Fuzi, 10, menghilangkan diri dipercayai lari dari sebuah pusat tahfiz di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bersama seorang pelajar lelaki lain berusia 16 tahun, sejak 22 Februari lalu.

Menurut Jamiah, anak bongsu daripada empat beradik yang berada di bawah jagaannya sejak kecil itu dihantar ke pusat berkenaan pada hujung November tahun lalu,  bagi memastikannya mendapat pendidikan agama sempurna.

“Sepanjang dia (cucu) di sana, saya hanya berkesempatan menjenguknya sebanyak tiga kali dan mendapati keadaannya baik.

Bekas tentera dibelasah kerana mencuri

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas tentera cedera dibelasah orang ramai setelah disyaki mencuri tiga kampit beras seberat 30 kilogram dan satu tong gas dari sebuah kedai runcit di Kuala Ibai di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, suspek dipercayai baru sahaja mencuri barangan tersebut sebelum didatangi oleh pemilik kedai terbabit.
"Pekedai runcit berkenaan telah mengesyaki anggota tentera itu mencuri barang-barang di kedainya lalu mengadu kepada orang ramai yang kemudian bertindak membelasah suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Penculik kanak-kanak ditahan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan lima tahun lalu di Terengganu ditahan di Sabah, Selasa lepas.
Juruletrik berumur 30 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak ditahan di rumah sewanya di Inanam, Kota Kinabalu kira-kira 7.45 pagi ketika dia mahu keluar bekerja.
"Tangkapan itu hasil kerjasama polis Kota Kinabalu dan kita telah hantar anggota ke sana untuk mengenal pasti suspek,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan.
Kes penculikan itu berlaku pada 22 Oktober 2006. - Bernama

Bakar rumah sendiri, lelaki dipenjara 5 tahun

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membakar rumahnya sendiri pada 26 Februari lepas.
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas Maliki Mohamed @ Lee See Tee, 39, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepadanya.
Dia dituduh mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api menggunakan mancis dengan membakar rumahnya miliknya di Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira pukul 12.30 malam pada 26 Februari lepas.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda. - Bernama

Ramai bayar saat akhir

KOTA TINGGI – Lebih RM1,022,870 nilai kompaun saman berjaya dikutip Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sejak awal tahun lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Muhammad Shamsuddin berkata, pecahan mengikut bulan, Januari mencatatkan RM310,980 nilai kompaun saman diikuti RM711,890 untuk Februari. 

“Saya mengesahkan PDRM ada menerima kira-kira RM1,022,870 bayaran kompaun saman daripada orang ramai sejak awal tahun lalu. 

“Sejumlah RM115,370 dikutip dalam tempoh sehari apabila kaunter di Balai Trafik dibuka bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam pada 28 Februari, lalu,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin. 

Tinjauan turut mendapati tiga anggota trafik termasuk dua wanita bertugas selama 16 jam di kaunter melayani semakan kesalahan trafik dan menerima pembayaran kompaun pada hari terakhir bayaran berkenaan. 

Terdahulu, kerajaan mengumumkan orang ramai yang memiliki saman yang dikeluarkan sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati insentif 50 peratus diskaun. 

Sekiranya saman dimiliki gagal dijelaskan sehingga Isnin lalu (28 Februari), nama mereka akan disenaraihitamkan dan akan menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...