Selasa, 21 Ogos 2012

Tektik peragut semakin ganas


ALOR GAJAH: Ketika umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri, seorang ibu muda beranak tiga menempuh detik menakutkan apabila dia bukan saja dirempuh sebuah kereta dinaiki dua lelaki dan diseret sejauh 50 meter, malah turut diragut dalam kejadian di sekitar Rembia, dekat sini, Sabtu lalu.

Kejadian menyedihkan itu berlaku di persimpangan masuk ke rumah mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, kira-kira jam 6.30 petang. 


Difahamkan, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang wanita itu dirempuh daripada belakang oleh kereta Perodua Myvi berkenaan hingga menyebabkan mangsa hilang kawalan dan tercampak dan terseret atas jalan. 

Zabedah berkata, sejurus dilanggar ketika membelok masuk ke persimpangan berkenaan, motosikalnya bergegar sebelum terjatuh dan tercampak bersama makanan yang dibeli untuk juadah berbuka puasa.

Warga asing ‘raya’ lain dan semakin bermaharalajela


KUALA LUMPUR: Cuti umum semalam ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah pelacuran di Lorong Pudu, Jalan Changkat Tong Shin dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini sebagai lokasi tumpuan.

Tinjauan dua jam Harian Metro bermula jam 12 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam. 


Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat terlebih dulu membeli ubat kuat yang dijual di kaki lima sebelum masuk ke rumah tumpangan untuk melampias nafsu. 

Malah, wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan di Lorong Pudu tergamam seolah-olah ada pesta di situ berikutan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu.

Detik cemas menjadi ‘tawanan’ 10 minit


LAPOR...Musyrif menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kereta miliknya dilarikan penjenayah.
KEPALA BATAS: “Dalam keadaan cemas, saya hanya mampu merayu kepada lelaki itu supaya tidak mengapa-apakan saya dan anak. Jika dia nak ambil kereta, ambillah, tapi tolong lepaskan saya dan anak,” kata Nurul Izzah Khalid, 26, ketika menceritakan detik cemas menjadi ‘tawanan’ 10 minit oleh seorang lelaki yang melarikan keretanya dalam kejadian dekat simpang keluar Kompeks Dato’ Kailan, di sini, Sabtu lalu.

Nurul Izzah ketika ditemui di rumahnya di Pajak Song berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku sebaik suami keluar dari kenderaan untuk membeli ubat anak mereka, Muhammad Qayyum Musyrif, lima bulan yang demam di sebuah farmasi berhampiran, kira-kira jam 4.30 petang.


Menurutnya, dia baru hendak mengunci pintu kereta, sebelum seorang lelaki tiba-tiba meluru masuk dan terus menekan pedal minyak.



Ejen jual lambang menipu


KUALA LUMPUR – Satu sindiket kini berleluasa menipu pengguna dengan menjual lencana pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa memudahkan pemiliknya melepasi sekatan jalan raya meskipun melanggar undang-undang.
Pihak terbabit juga mendakwa mereka merupakan ejen yang diberi kuasa untuk menjual lencana pelbagai agensi penguat kuasa lengkap dengan kad keahlian kepada orang awam yang ingin memilikinya.
Tinjauan Kosmo! mendapati lencana tersebut dijual secara online atau di lokasi tertentu di Lembah Klang oleh ejen-ejen tidak bertauliah.
Ejen-ejen tersebut mempamerkan pelbagai lencana termasuk lencana Polis dan Tentera (Poltera), lencana Kelab Bekas Polis Selangor, lambang rasmi Pingat Jasa Kebaktian P.J.K, lambang Jaksa Pendamai J.K dan lencana persatuan datuk-datuk dari beberapa negeri, lencana lambang kerajaan negeri, lencana Majlis Peguam serta lencana Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Pemerhatian Kosmo! mendapati harga setiap lencana itu ditawar serendah RM150 hingga RM2,000 bergantung kepada pakej ditawarkan.
Lencana berkaitan persatuan polis merupakan lencana paling mahal dan mendapat banyak permintaan.
Bagi lencana bekas polis, pakej jualannya termasuk kad pengenalan diri yang memaparkan nama pembeli, nombor kad pengenalan dan nombor siri keahlian bekas anggota polis.

Maut diserang ketika beraya

Gambar hiasan

SUNGAI BULOH – Keseronokan dua sahabat mengunjungi rumah rakan yang menyambut Aidilfitri berakhir dengan tangisan apabila seorang daripada mereka maut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Taman Desa Coalfields di sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian pada pukul 8.30 malam, mangsa M.P. Siva, 22, dan rakannya yang menunggang sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda dari arah belakang.
Menurut beliau, rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua sahabat itu terjatuh sebelum Siva diserang sekumpulan lelaki dipercayai warga tempatan.
“Rakan Siva sempat melarikan diri manakala Siva ditetak bertubi-tubi oleh kumpulan lelaki tersebut menggunakan senjata tajam dipercayai pedang,” kata beliau.

Misteri: Dibakar atau terbakar


IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima 36 kes kebakaran membabitkan kenderaan yang berlaku secara ‘mengejut’ di sekitar negeri ini.

Kebakaran kereta yang berlaku secara ‘misteri’ itu dikatakan terjadi hampir setiap hari terutamanya sejak awal Ramadan lalu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, masalah teknikal atau faktor lain.

“Tahun ini banyak kes direkodkan membabitkan kebakaran kenderaan sepanjang Ramadan ini berbanding tahun sebelumnya dan antara kenderaan yang terbabit termasuklah motosikal, kereta dan lori.

“Justeru, masih mengkaji kenapa banyak kejadian kebakaran kenderaan berlaku ketika bulan puasa.

Kenderaan MBPJ diserang


Kenderaan MBPJ diserang
PETALING JAYA - Dua kejadian serangan ke atas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berlaku  sepanjang Ramadan ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaannya, Mohd Fauzi Maarop berkata, serangan pertama berlaku pada 30 Julai lalu membabitkan van membawa anggota penguatkuasa.

Menurutnya, ketika kejadian anggotanya baru sahaja selesai menjalankan operasi tred dan halangan di Kampung Sungai Kayu Ara.

“Kita mengenakan tindakan sitaan ke atas sebuah bengkel kerana beroperasi tanpa lesen, ketika dalam perjalanan pulang ke ibu pejabat melalui Lebuhraya Sprint seorang penunggang motosikal membaling seketul batu di cermin belakang van,” katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...