KOTA BHARU – Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah termasuk samun dan curi kenderaan.
Empat lelaki yang dikenali sebagai Abang Chik, Hafis Cina, Avis dan Jihan Kunyit itu kali terakhir dilihat polis ketika menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna emas dengan nombor pendaftaran palsu DAL 3552 ke arah bulatan Kampung Surau, Pasir Puteh.
Kesemua mereka atau nama sebenarnya, Ahmad Fareez Ab Aziz, Mohd Raffiq Razwardy Ab Aziz, Mohd Azihan Jaafar dan Mohamad Aris Zamani berasal dari daerah itu.