SONGKLA
–
Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 520 kilogram ganja yang
disembunyikan dalam perabot yang dimuatkan di dalam trak
yang dipandunya di
pusat pemeriksaan Imigresen Danok, Sadao, Isnin.
Ketua Tentera
Infantri Ke-5 Kolonel Paisan Nusang berkata lelaki itu mendakwa dia dibayar
upah RM1,000 untuk membawa dadah terbabit ke Kuala Lumpur.
“Hasil
pemeriksaan terhadap trak terbabit, pihak berkuasa menemui 520kg dadah itu
dalam 29 bungkusan dianggarkan bernilai 15.6 juta Baht (RM150,000),” katanya
kepada pemberita Isnin.