KOTA KINABALU - Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun dilantik sebagai Pengarah Operasi Esscom berkuatkuasa serta merta.
Pelantikan secara dalaman itu diumumkan Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek.
Beliau berkata, tempoh pelantikan itu adalah selama enam bulan dan ia dilaksanakan secara bergilir-gilir.
"Selepas tempoh tersebut, jawatan ini akan diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan dialog Esscom bersama komuniti Kadazandusun Murut di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.