Isnin, 9 Mac 2015

Anak Isa Samad Antara Dua Ahli Perniagaan Direkod Keterangan


PETALING JAYA: Dua ahli perniagaan termasuk anak lelaki Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung urusniaga sebuah hotel di London.

Sumber memberitahu, kedua-dua lelaki berkenaan tidak ditahan bagaimanapun keterangan mereka direkod untuk membantu siasatan.
"Mereka dibenarkan pulang selepas percakapan mereka dirakamkan," kata sumber itu lagi.

Nik Nazmi Ditahan Lagi


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan semula oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata Nik Nazmi dipanggil ke balai polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

"Kami mengambil keterangan sebelum menahannya bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang diadakan pada Sabtu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ini merupakan kali kedua Nik Nazmi ditahan pada tahun ini kerana menganjurkan perhimpunan haram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...