Ahad, 29 Mei 2016

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) TUMPASKAN SINDIKET AH LONG

Kuala Lumpur, – Operasi Op Vilture 1/16 yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama JSJK Kontinjen Selangor adalah satu usaha pihak polis mengekang sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau lebih dikenali dengan panggilan Ah Long pada 20 Mei lalu.
Dalam operasi yang dilancarkan oleh Bahagian Risikan/ Operasi JSJK itu, pihak polis berjaya menahan 13 individu termasuk tiga wanita serta merampas peralatan dan dokumen-dokumen berkaitan aktiviti sindiket terbabit seperti sembilan buah kenderaan mewah pelbagai jenis milik anggota-anggota sindiket, barang-barang kemas dan sejumlah wang tunai berjumlah lebih RM80 ribu.

POLIS BURU DUA BERADIK TERLIBAT KES SAMUN

Polis Daerah Sentul sedang memburu dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes menyamar anggota polis selain samun dua lelaki warga asing dalam satu kejadian di scbuah kedai runcit dekat Jalan Jambu Arang, Jinjang di sini Isnin lalu.

Muhammad Farhand Saifur Rahman, 20, dan abangnya, Muhammad Ramzan Saifur Rahman, 27, yang alamat terakhirnya di Desa Tun Razak, Cheras di sini, diminta tampil membantu siasatan kes berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...