Ahad, 31 Mac 2013

KECUAIAN PUNCA BERLAKU


Seorang kanak-kanak cedera dibahu akibat terkena peluru dari pistol bapanya di flat Kem Batalion 12, Pasukan Gerakan Am di sini Jumaat.
Peluru tersebut menembusi bahu kanan kanak-kanak lelaki berusia lapan itu dan keadaannya dilapor stabil di Hospital Miri.
Ketua Polis Miri ACP Mun Kok Keong berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata tanpa alasan yang sah dan menambah siasatan dalaman juga akan dilakukan.

POLIS CARI EMPAT PEKERJA LADANG SAMUN MAJIKAN SENDIRI


Temerloh, 30 Mac - Melihat jumlah RM36,000, apa lagi dalam bentuk tunai, boleh menyebabkan sesetengah orang "gelap mata".

Empat lelaki pekerja Indonesia malah turut terpukau bila melihat wang tersebut yang dibawa majikan mereka, berselerak di depan mata - sebahagiannya wang gaji mereka sendiri. 

Sebaik sedar dari lamunan, kumpulan lelaki itu segera bertindak menyerang majikan mereka yang datang bersama isteri dan anaknya, dan sepantas kilat mereka melarikan beg mengandungi wang tersebut. 

Kejadian berlaku di ladang Felcra Jenalih, kira-kira 17 kilometer dari Pekan Lanchang, dekat sini petang semalam. 

Peruntukan 1,000 Unit Motosikal Bakal Mantapkan URB


Subang Jaya, 30 Mac – Penambahan sebanyak 1,000 lagi unit Kawasaki Ninja 250R yang digunakan oleh Unit Ronda Bermotosikal (URB) PDRM dijangka akan memantapkan penugasan unit ini dalam membantu mencapai matlamat mengurangkan jenayah.

Berita baik ini telah diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak petang tadi sempena Majlis United Against Crime di Stadium Mini Kompleks 3K, MPSJ SS13 Subang Jaya. 

OPERASI DAULAT TIDAK TERHAD KEPADA TEMPOH TERTENTU


Lahad Datu, 30 Mac - Operasi Daulat hanya akan ditamatkan selepas pasukan keselamatan yakin kawasan yang bergolak benar-benar selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata pasukan keselamatan tidak menetapkan tarikh atau tempoh tertentu Operasi Daulat kerana usaha membanteras pengganas yang dijalankanpasukan keselamatan itu merentasi kawasan lebih luas dari Lahad Datu.

"Ia (tutup atau tidak) bergantung kepada keadaan sasaran keselamatan yang ditetapkan dan operasi yang dijalankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...