Kajang: Sebuah pasar raya
di bandar ini kerugian RM148,000 selepas peti besi mengandungi wang tunai
dipecahkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Dalam
kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, dua suspek memakai penutup muka dan
topi memanjat saluran paip sebelum masuk melalui cermin premis.
Difahamkan,
suspek turut menggunakan kabel elektrik dari tingkat atas bangunan untuk
menggunakan mesin pemotong bagi memecah dinding pejabat operasi yang terletak
di tingkat bawah bangunan itu.