KUALA LUMPUR: Dua
lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang
pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.
Pengurus
Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua
penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di Bahnhofstrasse untuk
mencuri berlian di sebuah kedai di situ.
Suspek
dipercayai warga Taiwan itu pada mula berkunjung ke tiga buah kedai dan
menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.
Bagaimanapun
semasa berada di kedai ketiga, kedua-duanya telah ditahan oleh polis berikutan
gelagat mereka yang mencurigakan.
Menurutnya,
seorang daripada dua suspek merupakan perancang utama dan dikenali sebagai
Meng.
Jelasnya,
identiti itu dikenalpasti menerusi cap jari yang diambil ketika suspek ditahan
pada 2012.
"Mereka
(suspek) sangat terkejut (ketika ditahan).
"Sekarang
polis daripada beberapa negara seperti Malaysia, Switzerland, Jerman, Belgium,
Britain dan Bahrin sedang berkerjasama," katanya sambil menambah
Meng, 46, mempunyai waran tangkap dari Bahrin.
Penjenayah
profesional dalam mencuri berlian dan emas itu didakwa telah melarikan barangan
berharga di Bukit Bintang pada 14 Ogos lalu.
Mereka
juga dipercayai menggunakan beberapa pasport untuk memasuki setiap negara bagi
mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.