Jumaat, 5 April 2013

PERMOHONAN PERMIT CERAMAH AKAN DITAPIS


Setiap permohonan permit ceramah sepanjang tempoh berkempen ketika Pilihanraya Umum ke-13 nanti akan ditapis oleh PDRM.

Permit dan kelulusan pada setiap calon yang bertanding tidak akan diberi sewenang-wenangnya jika ceramah anjuran mereka boleh mengancam keselamatan masyarakat. 

Semua calon parti politik yang ingin mengadakan program ceramah sepanjang PRU ke-13 dinasihatkan memohon permit kelulusan kerana jika tidak mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

SYAK PENGHANTAR BEKALAN JADI DALANG


Seorang anggota keselamatan mendedahkan beliau berjaya menembak mati enam pengganas Kiram di Tanjung Labian selepas menjejaki seorang penduduk kampung yang menghantar bekalan makanan kepada kumpulan berkenaan.

Katanya, beliau mengesyaki sesuatu selepas terserempak dengan penduduk tersebut yang membawa beberapa ketul ikan goreng yang didakwa untuk neneknya.

Siasatan lanjut mendapati bekalan ikan goreng tersebut adalah untuk enam pengganas Kiram termasuk dua wanita yang bersembunyi di dalam dua buah rumah sebelum mengatur strategi serangan untuk menghapuskan musuh berkenaan. 

PRU13: POLIS PANTAU PERANG SIBER YANG SEMAKIN RANCAK


Kuala Lumpur, 5 April - Polis hari ini mengulangi ingatan kepada pihak yang berkenaan agar berhati-hati ketika membuat kenyataan menerusi media sosial sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, bagi mengelak pelanggaran undang-undang terutama berkaitan hasutan.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata ini berikutan perang siber semakin rancak sekarang, membabitkan parti politik, penyokong mereka dan pelbagai pihak lain. 

LELAKI TEMPATAN DAN WANITA ASING DITAHAN DALAM OPERASI DAULAT


Lahad Datu, 5 April - Seorang lagi lelaki tempatan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi polis bagi membanteras saki-baki penceroboh dari Selatan Filipina di Sabah. 

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu petang semalam, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata dalam Operasi Daulat semalam, polis turut menahan seorang wanita berusia 45 tahun yang mempunyai kad identiti dari kesultanan Sulu di Kampung Sungai Bilis, Felda Sahabat dekat sini.

LAPAN INDIVIDU DICARI


SELAMA – 03 April 2013. Pihak polis sedang mencari lapan individu yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, individu pertama dikenali sebagai Mohd Najib Mat Kassim, 35, dari Changkat Jering dan dipercayai terlibat dalam kes mencederakan orang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Individu kedua, Mohd Khairul Anuar Abd Hamid, 31 tahun dari Felda Gunung Besout 1, Sungkai dicari atas kesalahan pecah rumah dan curi motosikal,” katanya.

POLIS INGATKAN PERSATUAN PENDUDUK WASPADA ANCAMAN PELAMPAU AGAMA

Gambar hiasan

Kota Bahru, 4 April - Anggota persatuan penduduk di negeri inidiingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman pelampau agama yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Ketua Pegawai Turus Bahagian Ancaman Ekstremis dan Sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan DSP Shukria Makhtar berkata jika tidak diawasi, ia dikhuatiri boleh mengganggu ketenteraman awam terutama menjelang musim pilihan raya umum.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan berkompromi dalam mengawasi tindak-tanduk pihak tertentu yang menggunakan agama sebagai alat yang boleh mencetuskan ancaman pelampau dalam masyarakat.

Katanya keselamatan negara terancam apabila negara atau rakyatnya digugat sama ada dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial. - BERNAMA

PATUHI PERATURAN BERKEMPEN - TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA


Shah Alam, 4 April - Polis hari ini mengingatkan calon parti-parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) supaya sentiasa mematuhi peraturan berkempen bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata calon perlu memohon permit untuk berkempen dari pihak polis seperti yang dikehendaki Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Katanya, permit hanya dikeluarkan jika semua prosedur berkempen yang ditetapkan itu dipatuhi oleh calon parti politik terbabit demi memastikan ketenteraman awam. 

POLIS TERENGGANU INGATKAN PENYOKONG TIDAK CETUSKAN PROVOKASI


Kuala Terengganu, 4 April - Polis Terengganu mengingatkan semua penyokong parti politik yang bertanding agar tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan sepanjang proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana parti atau individu yang mencetuskan kekecohan yang boleh mengganggu kelicinan proses pilihan raya dan menjejas ketenteraman awam.

Katanya penyokong finatik dan bakal calon juga dinasihat agar tidak beremosi sebaliknya lebih berhemah ketika berkempen atau berceramah sepanjang pilihan raya.

"Saya harap penyokong parti yang bertanding serta bakal calon mematuhi arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan dari pihak berkuasa agar proses sepanjang pilihan raya berjalan lancar," katanya selepas merasmikan majlis derma darah sempena hari polis ke-206 di sini hari ini.

SUSPEK DIKEHENDAKKI

SUSPEK DIKEHENDAKI: Pihak Polis sedang mengesan empat orang lelaki yang dikehendaki berkaitan Pasir Akar Repot 439/13 iaitu yang disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Kepada orang ramai yang mengenali , mengetahui atau ternampak mana-mana suspek tersebut diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes iaitu ASP Kamsani bin Hassan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Besut dengan menghubungi beliau di talian 013-3612080 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...