IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka
dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat
individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, minggu lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan
berkata penahanan itu susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46
tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah,
Chenderiang dekat Tapah pada 25 Oktober lepas.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan di sebuah rumah
di Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pada 26 Oktober lepas.