KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai
akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu
di sini awal pagi Isnin.
Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan
Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27,
dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu
oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.