Labuan, 12 Oktober 2016 - Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari Em Hadzeer
mengingatkan anggota polis di pulau bebas cukai ini supaya mempertingkatkan
pemantauan terhadap pengaruh kumpulan militan Daesh dan pengganas Sulu dalam kalangan pelajar di University
Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
Beliau berkata ini berikutan kajian
yang mendapati antara tujuh dan 10 peratus mahasiswa
menyokong Daesh manakala dua peratus lagi Bersetuju untuk 'menyumbang' kepada apa yang didakwa sebagai perjuangan pengganas Sulu.
"Dapatan ini mencetuskan
kebimbangan dan tidak seharusnya diambil mudah oleh polis," katanya ketika
melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Labuan semalam.