KUALA
LUMPUR: PROGRAM 1MASJID 1POLIS (1M1P) akan
diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan
memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat.
Pada
masa ini sejumlah 6,047 masjid yang didaftar di bawah Majlis Agama Islam
Terengganu dan Pahang sudah melaksanakan program itu sejak 2012.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata
pihaknya akan melantik pegawai perhubungan di setiap masjid dan menyediakan
peti lawatan polis bagi memastikan kehadiran polis sentiasa
disedari.
Polis
juga akan mewujudkan satu ruangan pada papan notis masjid untuk memuatkan
maklumat dan berita tentang kepolisan.
“Setakat ini 1M1P dilihat
berjaya mengekang jenayah seperti kes curi wang tabung dan curi motosikal di
kawasan masjid,” katanya dalam temu bual eksklusif
bersama Bernama baru-baru ini.