Ahad, 20 September 2015

Pembunuhan Morais: Polis cari dua lelaki

Diniswaran dan Vishwanath bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kevin Morais

KUALA LUMPUR, 20 September:

Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, gambar kedua-dua individu terbabit dikeluarkan hari ini untuk disiarkan menerusi semua rangkaian balai polis dan media di negara ini.

Katanya, dua individu ini berasal dari Kedah iaitu R Dinishwaran, 23, dengan alamat terakhir di Batu Pekaka Estate manakala seorang lagi ialah M Vishwananth, 25, dengan alamat terakhir di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan.

2 lelaki yang nekad merompak kelab malam


KUALA LUMPUR, 20 September:

Kail panjang hanya sejengkal tapi niat hati meredah lautan.
Itu yang boleh diumpamakan terhadap tindakan dua lelaki yang nekad merompak kelab malam, awal pagi tadi, namun cubaan mereka gagal apabila mereka tertangkap.

Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun dan 29 tahun itu, dengan hanya menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC dan Yamaha Nouvo menuju ke kelab malam di Plaza Medan Putra 6, Bandar Manjalara, Kepong pada jam 3.33 pagi tadi.

Dengan hanya berbekalkan beg hitam, mereka dikatakan menghampiri premis berkenaan ketika pemiliknya sedang bersiap-siap untuk pulang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...