Isnin, 15 Februari 2016

Mayat Lelaki Dijumpai Di Bestari Jaya Dipercayai Mangsa Bunuh

Gambar hiasan
SHAH ALAM, 14 Feb (Bernama) -- Lelaki yang ditemui mati di sebuah lombong tinggal berhampiran Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya petang semalam dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata bedah siasat ke atas mayat lelaki itu mendapati mangsa mati kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dengan senjata tumpul.

Identiti mangsa masih belum lagi dikenal pasti, namun mangsa dianggarkan berumur sekitar 25 tahun, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Warga Nigeria Semakin Mengganas Di Malaysia ?

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Lima warga Nigeria ditahan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Prima, Puchong hari ini, dipercayai kerana terbabit dalam satu kes samun malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad berkata lapan suspek warga Nigeria telah melakukan samun menggunakan sebilah pedang di hadapan sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong pukul 11.30 malam tadi.

Enam Bom Diletup, Tiga Mati Ditembak Di Selatan Thailand

NARATHIWAT, 13 Feb (Bernama) -- Enam butir bom diletupkan di sekitar daerah Bachok, selatan Thailand semalam dalam serangan anggota gerakan pembebasan bagi memperingati kejadian serangan di daerah itu tiga tahun lepas yang mengorbankan 16 nyawa pejuang pembebasan.

Ketua Polis Daerah Kolonel Patta Madawa berkata serangan bom itu bermula pada 8.40 malam dan berlanjutan sehingga 11.30 malam dengan menyasarkan tiang-tiang elektrik.

"Serangan bom itu adalah tindakan simbolik kejadian pada 13 Feb 2013 apabila 16 anggota gerakan terbunuh dalam serangan markas tentera laut di Bachok," katanya kepada pemberita Sabtu.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori berusia 45 tahun mati ditembak di Kampung Jerae, daerah Rusak di sini pada 3.30 petang tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...