KAJANG: Empat
anak kepada seorang lelaki yang ditembak lima kali di depan mata mereka, kini
menjadi anak yatim apabila bapa mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang
dialaminya.
Kesawan
Aramuggam, 28, yang ditembak sebanyak lima kali oleh penyerang tidak dikenali
di Semenyih pada Jumaat lalu, meninggal dunia pada Selasa.
Polis
kini mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai kes bunuh.
Di bilik
mayat Hospital Kajang, bapa Kesawan berkata dia tidak memahami mengapa ada
orang yang sanggup membunuh anak lelakinya.