Isnin, 30 September 2013

AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PCA) TERPAKAI UNTUK PENJENAYAH SAHAJA

AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PCA) TERPAKAI UNTUK PENJENAYAH SAHAJA : Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) hanya terpakai 100 peratus terhadap penjenayah dan tidak sepatutnya dimanipulasi kononnya untuk menyekat, menahan, dan memenjarakan pihak yang mempunyai fahaman politik berbeza. 

Ia bertujuan pencegahan dan tidak ada penahan tanpa bicara kerana jika keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah (yang akan ditubuhkan) tidak memuaskan hati peguam penjenayah yang ditahan, ia boleh terus dibawa ke mahkamah tinggi, bukan atas nama rayuan 'habeas corpus'.

KERJASAMA PDRM, INTERPOL MAMPU TAHAN PENJENAYAH OPS CANTAS DI LUAR NEGARA


George Town, 29 Sept - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pihak polis mampu menahan penjenayah yang disyaki dalam Ops Cantas meskipun mereka berada di luar negara.

Beliau berkata ini berikutan kerjasama yang terjalin dengan polis antarabangsa (Interpol) yang membolehkan pihaknya terus memperoleh maklumat bagi mematahkan tindakan individu disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah dalam Ops Cantas.

"Jika mereka balik atau sekalipun tidak balik, Interpol akan membantu kami untuk menangkap, menahan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan," katanya.

Ahmad Zahid, yang sekali lagi menolak dakwaan Ops Cantas akan dihentikan pada 19 Okt ini, berkata operasi itu tidak ada garis penamat selagi penjenayah berat tidak dibanteras.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tunai kepada keluarga Allahyarham Kopral Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka, Isnin lepas.

Ahmad Zahid turut menyertai majlis tahlil sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu ibu Allahyarham iaitu Zaiton Ismail, 54, serta balu Zal-Azri, Atiqah Mohd Rosdi, 30, dan dua anak pasangan itu, Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan. - BERNAMA

SEMAKIN RAMAI ANGGOTA POLIS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT ????

Gambar hiasan

Anggota polis bermotosikal maut ketika meronda - KLIKKLIKKLIKKLIK dan banyak lagi...


LANGKAWI - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Pantai Cenang di sini pagi tadi.
Sementara itu, seorang lagi anggota polis cedera ringan dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu.
Mangsa, M Kalaiselvan, 27, dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Padang Matsirat dipercayai dirempuh kereta jenis Suzuki dipandu seorang lelaki warga Iraq berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan.
Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harith Kam Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta itu memasuki lorong bertentangan untuk memotong sebuah kereta lain di hadapan tetapi bertembung dengan motosikal mangsa.
Kata Harith, seorang lagi anggota yang membuat rondaan bersama mangsa, Konstabel Sokongan, Mohd Hafefe Jamaludin sempat melompat dari motosikal yang ditunggangnya sebelum terkena rempuhan dan hanya mengalami cedera ringan.
"Warga Iraq itu dipercayai berada di sini sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat pelancongan di daerah ini. Dia menyewa kereta itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
"Pemandu itu kini direman sehingga 2 Okt mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian,” kata Harith. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...