IPOH - Seorang suri rumah menerima 15 jahitan di lengan kirinya selepas ditikam seorang pencuri yang memecah masuk kediamannya di Taman Pengkalan Barat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Siew Lin (bukan nama sebenar), 32, yang sedang menonton televisyen sendirian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di bahagian atas rumahnya.
Menurutnya, seorang lelaki tidak berbaju memecah masuk rumahnya melalui siling di salah satu bilik rumahnya.