Jumaat, 23 Jun 2017

SEORANG KADET TERBUNUH, MENTERI NAK JADI HERO, DOKTOR JADI KAMBING HITAM?

Kebelakangan ini, isu buli semakin menjadi trending di dalam media arus perdana dan media sosial. Bukan kerana ini musim orang membuli, kerana gejala buli memang sedang berakar umbi, tetapi ini musim berita buli menjadi mainstream. Kerana itu media jadi rajin.

Kes kematian kadet tentera laut Allayarham Zulfarhan Osman Zulkarnain masih lagi panas dibincangkan dalam pelbagai media. Walaupun amat ‘dekat’ dengan kes ini, namun kami hanya berdiam diri. Malangnya semakin hari ia kelihatan semakin rumit dan perlukan satu perkongsian yang telus.

ANEH SEKALI bila kes mahasiswa dari UPNM ini mendapat perhatian lebih dari Kementerian Kesihatan berbanding dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau dari pihak UPNM sendiri.

Sehingga hari ini tiada satu pun kenyataan rasmi yang menjelaskan duduk perkara sebenar dalam kes ini dari pihak MINDEF atau UPNM selain daripada ucapan takziah dan nasihat YB Menteri Pertahanan yang berjanji tidak akan melindungi semua pesalah terlibat. Selain itu ada seorang bekas pensyarah UPNM yang menyatakan sebenarnya kes buli seperti ini adalah perkara biasa di UPNM, namun selama ini beritanya tidak ‘terlepas keluar’. Beberapa rakan UPNM yang kami temui juga turut ‘membenarkan’ kenyataan itu.

SATU PENGANIAYAAN SEPERTI MAHU DIGANTI DENGAN PENGANIAYAAN LAIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...