Rabu, 15 Julai 2015

Mayat disumbat dalam beg pakaian


Petaling Jaya: Mayat lelaki disumbat di dalam beg pakaian ditemui dalam longkang di Jalan Cecawi 6/30, Seksyen 6, Kota Damansara, di sini, 1 petang tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian berwarna hitam dan dibungkus menggunakan plastik putih.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam longkang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerim laporan penemuan mayat terbabit dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bayi Ditinggalkan Di atas bangku

Marang: Bayi yang masih bertali pusat ditemui di atas bangku simen di Taman Alur Pak Bang, di sini, 1.30 petang tadi.

Bayi perempuan itu ditemui seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas mendengar tangisannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, pelajar terbabit bersama rakan lelakinya berusia 15 tahun duduk di sebuah wakaf di tempat kejadian sebelum terdengar bunyi tangisan.

"Pemeriksaan kemudian menemui bayi perempuan terbabit sebelum remaja membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang sementara rakannya pula menunggu bayi terbabit.

Sumber: KLIK SINI


Dua anggota tentera cedera terkena tembakan

Tanah Merah: Dua anggota tentera cedera di paha dipercayai terkena tembakan ketika meronda di Sungai Golok, dekat sini, kira-kira 5.35 petang tadi.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jeli di sini, untuk menerima rawatan lanjut.
Sumber polis berkata, ketika kejadian, anggota tentera terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas meronda di sekitar Sungai Golok.
“Kira-kira 400 meter dari Pos Machang, ada tembakan dilepaskan dari arah sempadan Thailand dan mengenai tepat paha anggota tentera itu.
“Tembakan dipercayai menggunakan senapang angin,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang dihantar ke hospital dilaporkan stabil.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.
Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...