Jumaat, 31 Ogos 2012

Bekas ketua balai dihukum penjara 9 bulan kerana kelucahan melampau


KANGAR: Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu. 

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan. 

Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak. 

Polis isytihar perang ke atas peragut


KOTA BHARU - Polis mengisytiharkan perang secara besar-besaran ke atas peragut di negeri ini bagi membanteras jenayah yang dilihat semakin kejam ekoran seorang wanita ditetak bertubi-tubi ketika cuba diragut di Jalan Sultanah Zainab di sini kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan langkah drastik itu, lebih 100 anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diarah turun padang bermula hari ini.

Pura-pura kereta rosak sebelum culik mekanik


SUBANG JAYA – Malang bagi seorang pekerja sebuah kedai aksesori kereta apabila dia dikurung selama 17 jam selepas dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura meminta bantuan membaiki kereta yang didakwa rosak di rumahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, suspek dikatakan ke bengkel tempat mangsa bekerja dan memaklumkan enjin keretanya yang ditinggalkan di rumah gagal dihidupkan.
Suspek kemudian dikatakan meminta bantuan pengusaha bengkel meminjamkan seorang pekerjanya untuk melihat kerosakan dialami dan membawa kereta itu ke bengkel.

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan Di Nibong Tebal

Gambar hiasan

NIBONG TEBAL, 30 Ogos (Bernama) -- Mayat lelaki dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya terputus dipercayai dipenggal manakala kedua-dua kaki serta lengannya dikerat ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil di sini Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata mayat lelaki yang turut dibakar itu dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemui oleh orang awam pada pukul 9.45 pagi ini.

Beliau berkata orang awam yang melalui kawasan berkenaan ternampak unggun api di tepi lorong ladang terbabit dan menghampirinya sebelum ternampak mayat yang telah dikerat itu.

Lelaki itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerat di tempat lain sebelum dibawa ke ladang yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar untuk dilupuskan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

"Lelaki itu dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal manakala kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut dan tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar

Kedai Emas Di Kuala Besut Kerugian RM250,000 Setelah Dipecah Masuk Pencuri

Gambar Hiasan

BESUT, 30 Ogos (Bernama) -- Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

"Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek," katanya.  BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...