Khamis, 26 November 2015

TIADA BELAS KASIHAN KEPADA PENGEDAR DADAH

Kuala Lumpur, 26 Nov –Kelicikan dua warga Afrika yang cuba menyembunyikan dadah jenis syabu bernilai RM 2 juta di dalam alat "Smart Balance Wheel" berjaya dikesan dan dipatahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan kerjasama pasukan Skuad Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dalam dua serbuan berasingan di Kajang, Selangor, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi berkata, kejayaan terbaru tersebut adalah hasil maklumat risikan dan siasatan serta intipan yang rapi oleh pihaknya dalam usaha untuk melumpuhkan saki baki kumpulan dadah awang hitam di sekitar Lembah Klang.

POLIS KELANTAN TAHAN EMPAT LELAKI, RAMPAS DUA PISTOL

Kota Bharu, 26 Nov - Polis Kelantan menahan empat lelaki dan merampas dua pucuk pistol dalam dua serbuan berasingan di Gua Musang dan Pasir Puteh, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama pada 3.30 petang, tiga lelaki masing-masing berusia 22, 26 dan 29 tahun ditahan berikutan penemuan sepucuk pistol dalam sebuah kereta di Felda Ciku 6, Gua Musang.

Katanya, pistol tertera tulisan Colt Super .38 Auto berserta satu kelopak peluru itu dijumpai di bawah tempat duduk pemandu sebuah kereta milik suspek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...