KUALA LUMPUR: Pakar godam militan negara Islam (IS) yang ditahan oleh
Bukit Aman telah dikenal pasti sebagai Ardit Ferizi, seorang warga Kosovo, yang
mengetuai sel penggodam yang dinamakan 'Kosovo Hacker's Security'.
Suspek berusia 20 tahun itu juga dikenali dengan nama penggodamannya,
'Th3Dir3ctorY'.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) berkata
tangkapan Ardit dibuat berdasarkan waran tangkap sementara di mana dia didakwa
memberikan sokongan material kepada IS dan melakukan penggodaman komputer serta
mendedahkan maklumat peribadi (PII) pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan
AS.