Ahad, 20 Januari 2013

Wanita Naiki Kereta Bersama Seorang Lelaki Maut Terkena Tembakan Polis.


KLANG, 19 Jan - Seorang wanita berusia 22 tahun yang menaiki sebuah kereta curi bersama seorang lelaki maut selepas terkena tembakan oleh anggota polis apabila enggan mematuhi arahan supaya berhenti dalam kejadian di Taman Sejati di sini, Jumaat malam. 

Mangsa yang duduk di sebelah suspek lelaki yang memandu kereta jenis Waja, cedera parah di bahagian badan selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota polis ke arah suspek berusia 31 tahun. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohamad Adnan Abdullah berkata kejadian bermula pada 7.35 malam apabila sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta dipandu suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkannya berhenti di Jalan Batu 3 Lama di sini. 

Beliau berkara pemandu Waja terbabit bagaimanapun enggan berbuat demikian lalu memecut kenderaannya dan ketika dikejar polis, suspek bertindak melanggar beberapa kereta lain sebelum berhenti di satu kawasan di Taman Menara di sini. 

"Salah seorang anggota polis keluar untuk melakukan pemeriksaan tetapi kereta suspek tiba-tiba mengundur dan cuba merempuh polis itu sehingga memaksa anggota terbabit melepaskan satu das tembakan amaran. - BERNAMA 

Kertas Siasatan KL112 Siap Minggu Depan


KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga daripada 27 syarat perhimpunan anjuran parti pembangkang di Stadium Merdeka minggu lepas, dijangka siap minggu depan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata laporan itu dijangka siap selepas polis mengambil keterangan penganjur himpunan yang juga Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semalam.
"Selepas ini, mungkin akan ada lagi individu yang dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kepolisan Komuniti anjuran JSJ (D7) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Sabtu.

Polis diminta siasat penyebaran Bible ke sekolah


TUMPAT: Kementerian Pelajaran hari ini meminta polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan Bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan masyarakat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...