Cheras,
11 Nov – “Semoga dengan sesi pembentangan dan perbincangan ini kelak akan
memberi lebih banyak maklumat kepada kita tentang peri pentingnya aspek
pencegahan jenayah di dalam mewujudkan keamanan dan ketenteraman masyarakat
seluruhnya menurut Islam,”
ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya
sempena Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Dewan Sultan Ahmad
Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.
Menurutnya,
betapa Islam itu amat mementingkan kesejahteraan dan keamanan kerana perkataan
‘Islam’ itu sendiri berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud
kesejahteraan dan lahir kerana pada dasarnya Islam diturunkan sesuai dengan
fitrah dan sifat semula jadi manusia.