KOTA BHARU - ”Tolong aku Ya ALLAH mati dah aku, mati dah aku,” itulah ungkapan yang sempat diucapkan seorang warga emas sebelum disamun dalam kejadian di Kampung Tualang, Binjai di sini, 21 Mac lalu.
Mangsa, Hasanah Daud, 70, mengalami patah tangan kiri, lebam di pipi dan luka di kepala selepas dicederakan lelaki bertopeng yang turut melarikan wang bernilai RM1,000 yang disimpan di bawah bantal.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang sedang tidur di ruang tamu diserang seorang lelaki yang secara tiba-tiba menerpa masuk ke dalam rumahnya melalui pintu depan, sambil menutup mulut mangsa dengan tangan kedua tangannya dan memaksa warga emas itu menyerahkan wang yang disimpannya berhampiran tempat tidurnya itu.
Menceritakan detik cemas itu, Hasanah berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran lelaki berkenaan.
“Ketika diserang lelaki itu, tiada apa yang saya fikirkan hanya mati, memandangkan gigi palsu yang saya pakai juga hampir tertelan dan saya tidak mampu melawan kudratnya.