KUALA LUMPUR,
12 Oktober:
Pihak berkuasa
Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan
negara itu.
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak
dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara
itu.
“Tak betul…
Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang,” katanya menerusi khidmat
pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.
Pada Sabtu
lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan
yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay,
Tawi-Tawi di Filipina awal September lalu.