SENAI: Seorang wanita hanya mampu meraung kesedihan apabila melihat 
suaminya dikasari hingga mati oleh enam penjenayah warga Vietnam yang 
menyamun mereka di sebuah rumah di Taman Senai Baru, di sini, kelmarin.
   Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30 tahun 
berkenaan diikat dan dikawal lima daripada lelaki terbabit manakala 
seorang lagi penjenayah mengugut suaminya sambil mengarahkannya 
menyerahkan wang serta barangan berharga.
   Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkifly Yahya 
berkata, mangsa, Low Kwang Kean, 41, bertengkar dengan penjenayah sebaik
 penyamun terbabit meminta dia menyerahkan wang serta barangan berharga.
“Tiba-tiba, penjenayah menolak Low hingga jatuh menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan kejadian itu berlaku di depan isterinya,” katanya, semalam.
“Tiba-tiba, penjenayah menolak Low hingga jatuh menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan kejadian itu berlaku di depan isterinya,” katanya, semalam.