Khamis, 20 September 2012

Adakah Persepsi Orang Ramai Mengenai Kadar Jenayah Malaysia Ada Kewajarannya?


BANGKOK, 19 Sept (Bernama) -- Pilihan raya umum (PRU) akan datang dan persepsi orang ramai terhadap kadar jenayah di Malaysia merupakan dua topik yang lazim dibincangkan sejak sebulan lepas pada majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya di tanah air.

Ramai cuba meramalkan bila PRU akan diadakan. Oktober, November atau Disember? Mungkin, pada Januari tahun depan, apabila penggal pentadbiran kerajaan sedia ada tamat pada Mac.

Apabila menyentuh mengenai kadar jenayah di Malaysia, secara umum persepsinya ialah ia berada pada tahap 'membimbangkan' -- walaupun statistik polis dan laporan keamanan antarabangsa, menunjukkan sebaliknya.

Mati terdampar atas batu


Mayat mangsa
IPOH - Seorang pekerja kilang ditemui mati dalam keadaan berseluar dalam dengan kesan pukul di kepala dan beberapa bahagian badan di kawasan Air Terjun Buntong, Isnin lalu.

Mangsa, D Raymond Roy, 27, dari Taman Gamelan, Menglembu dijumpai dalam keadaan terdampar di atas batu dengan separuh badannya di dalam air oleh orang awam yang berada ditempat kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Polis cedera diserang guna parang


Polis cedera diserang guna parang
SUBANG JAYA – Seorang anggota polis cedera di lengan dan lutut serta patah gigi ketika bergelut dengan seorang suspek yang bertindak menyerangnya dengan sebilah parang di SS14 di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu, sepasukan anggota dari Balai Pollis Subang Jaya dikatakan membuat rondaan cegah jenayah memantau mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar SS15.

Sindiket gores, menang bergerak aktif di Kuantan


Rayuan sindiket gores, menang
KUANTAN - Kegiatan sindiket gores dan menang yang didakwa kembali bergerak aktif memperdaya mangsa di sekitar tempat letak kereta sebuah kompleks membeli belah di sini menimbulkan keresahan orang ramai kerana kehadiran kira-kira 15 agen syarikat terbabit dianggap mengganggu pelanggan yang meletakkan kenderaan mereka di situ.

Berikutan aduan yang diterima, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang turun padang meninjau permasalahan itu dan ternyata dakwaan orang ramai berhubung kegiatan itu  ada asasnya.

Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air


Gadis dirogol dalam bilik air, mangsa lelaki kemaruk seks
KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

Bayi perempuan ditemui dalam masjid di Setiu

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah Masjid di Kampung Saujana, Setiu, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada jam 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh. 


"Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. 

Rasuah: Inspektor dipenjara 5 tahun, denda RM25,000


SHAH ALAM 19 Sept. - Seorang inspektor polis dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM5,000 daripada seorang suspek kes samun, tiga tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mat Ghani juga memerintahkan tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Japar, 26, menjalani hukuman penjara 25 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...