KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Seorang pembantu taska agama dijatuhi hukuman
penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku
bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi
sokongan kepada kumpulan pengganas IS,
dua tahun lepas.
Hakim Datuk Paduka
Azman Abdullah memerintahkan tertuduh Amir
Azlan Zainudin, 50, menjalani hukuman itu bermula
dari tarikh tangkap pada 13 Okt 2014.
Azman berkata selain
mengambil kira faktor umur, pengakuan dan keinsafan tertuduh, mahkamah turut
mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti keganasan.