JOHOR BARU, 23 Sept — Hasrat 72 individu yang mahu mengadakan seks bebas di sini terbantut apabila diserbu polis
awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah negeri berkata 46
lelaki dan 26 wanita itu
ditahan selepas terpedaya dengan kegiatan yang dipromosikan melalui aplikasi
sembang, WeChat.
“Semua suspek dan rampasan
termasuk peralatan muzik dibawa pulang ke IPK Johor bagi membantu siasatan.
“Ujian saringan air kencing
mendapati 29 daripada mereka positif dadah,” kata SAC Azman Ayob seperti
dilaporkan Harian Metro.
Beliau berkata suspek yang
berusia antara 17 hingga 34 tahun itu disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya
1952.
Katanya, seramai 20 anggota
IPK Johor dengan kerjasama IPD Johor Bahru Utara terlibat dalam operasi itu.
Sumber: KLIK DISINI