Ahad, 7 Oktober 2012

Peratusan kebimbangan orang ramai terhadap jenayah masih tinggi, kata KPN


PERINGKAT ATASAN BAGI NAK GILA MEMPERKENALKAN BERBAGAI-BAGAI CARA UNTUK MENGURANGKAN JENAYAH, TAPI PERINGKAT YANG MELAKSANAKANNYA.....BAGAIMANA ???
KUALA LUMPUR, 6 Okt —  Ketua polis negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengakui kebimbangan orang ramai terhadap jenayah masih tinggi ketika ini.
Dalam laporan di Utusan hari ini, Ismail berkata berdasarkan kajian terbaru Sistem Laporan Polis (PRS) ke atas kadar kebimbangan orang ramai masih pada tahap 54.6 peratus dan berharap untuk menurunkannya kepada 45 peratus menjelang akhir tahun ini.
"Sasaran kita ialah mahu menurunkannya kepada 45 peratus hingga akhir tahun ini," kata Ismail.

Rasuah: Deejay Tyzo Beri Keterangan Ke Bukit Aman & SPRM


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Tyzo telah memberi keterangan kepada pegawai polis di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat, berhubung kejadian sorang anggota polis meminta rasuah akibat kesalahan lalu lintas daripadanya pada Isnin lalu.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 36, tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 2.30 petang dan memberi kenyataannya selama kira-kira 90 minit kepada seorang pegawai polis di Bahagian Tatatertib.

Selesai memberi kenyataan itu, dia turut hadir ke ibu pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Cheras di sini kira-kira pukul 4.45 petang dan diambil keterangan kira-kira 30 minit.

Tyzo berkata, dia tidak pernah membayangkan selepas membuat keputusan untuk tidak memberi rasuah, dia perlu memberi kenyataan kepada beberapa pihak berkuasa.

“Saya bagaimanapun gembira kerana saya dapat mempertahankan prinsip saya dan berkata “tidak” kepada rasuah,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...