Khamis, 7 Ogos 2014

DUA BERADIK TANAM KETUM DITAHAN

Kubang Pasu – Dua beradik yang menjadi dalang utama penjualan daun ketum sekitar Pahang tumpas apabila ditahan sepasukan polis yang membuat serbuan di kediaman milik keluarga mereka di Jalan Megat Dewa, dekat Ayer Hitam tengah malam kelmarin.

Selain mengusahakan tanaman ketum di tanah milik ibu bapa mereka, kediaman tersebut turut dijadikan markas operasi untuk menjalankan perniagaan haram itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah, berkata selain rampasan 287 kilogram (kg) daun ketum segar dianggarkan bernilai hampir RM3,000 yang dikatakan siap dibungkus untuk dihantar ke Pahang.

Polis turut menemui lebih 100 pokok ketum yang ditanam dua beradik itu di kawasan seluas 0.5 hektar di belakang rumah mereka yang dipercayai diusahakan sejak enam bulan lalu.

#JENAYAH KEKERASAN: PELAJAR PEREMPUAN ANTARA LIMA DITAHAN SELEPAS SAMUN KAFE INTERNET


Bukit Mertajam, 6 Ogos - Seorang pelajar perempuan adalah antara lima remaja yang ditahan kerana disyaki menyamun sebuah kafe Internet di Taman Sri Kijang, Alma di sini awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun itu ditahan apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam semak selepas dikejar polis peronda di kawasan Bukit Tengah, kurang setengah jam selepas kejadian samun itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...