KUALA
LUMPUR: Seramai 111,702
pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengundi awal pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok di seluruh negara.
Ketua Polis
Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata daripada jumlah itu, seramai 5,660
pegawai dan anggota akan mengundi awal di Bukit Aman manakala selebihnya di 14
kontinjen PDRM dan Ibu Pejabat Polis di seluruh negara.
"Selain
itu, turut terlibat dalam undi awal adalah 7,695 pegawai dan anggota PDRM yang
telah bersara.
"Mereka
ini adalah pegawai dan anggota yang belum lagi menukar daftar pemilih sebagai
pengundi biasa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari
ini.
Beliau
berkata pegawai dan anggota terlibat akan mula mengundi mulai 9 pagi hingga 5
petang.
Dalam pada
itu, Mohamad Fuzi berkata seramai 5,854 pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam
proses mengundi secara pos PRU14, termasuk 20 anggotanya yang terlibat dalam
misi pengaman di Sudan mulai hari ini.
"Undi
pos sudah bermula hari ini iaitu melibatkan 1,796 pegawai dan anggota di Bukit
Aman manakala selebihnya di kontinjen seluruh negara.
Sumber: KLIK DISINI