GEORGE TOWN: Empat
pelajar dari beberapa sekolah menengah di sini ditahan kerana disyaki terbabit
dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar lain.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata,
mereka yang berusia antara 15 dan 18 tahun ditahan di Persiaran Tembaga dan
Jalan Sungai Dua pada Rabu lepas juga disyaki menganggotai pertubuhan kongsi
gelap.
"Tiga daripada mereka ditahan reman selama empat hari manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis kerana dia perlu menduduki ujian di sekolahnya hari ini," katanya kepada pemberita malam Khamis.