EMPAT
INDIVIDU termasuk seorang lelaki yang MENYAMAR
SEBAGAI 'DATUK SERI' ditahan kerana dipercayai
terlibat dalam kegiatan penipuan penjualan darjah
kebesaran Wilayah Persekutuan dan menawarkan projek yang tidak
wujud membabitkan kerugian sebanyak RM1.6 juta.
Kesemua
suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga
65 itu ditahan dalam serbuan DI SEBUAH BANGLO DI MONT BLEU
RESIDENCE di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, tangkapan terhadap kumpulan itu
susulan laporan polis yang dibuat seorang pengawal keselamatan di perumahan
berkenaan yang mendakwa dikasari oleh salah seorang suspek pada 11 Mac lalu.
“Suspek yang
mendakwa 'ORANG
KUAT' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu mencederakan mangsa menggunakan
senjata api sehingga mendapat kecederaan di dahi.
“Berikutan
itu siasatan dijalankan bagi memburu dan mengesan suspek yang terlibat sebelum
berjaya memberkas kesemua mereka yang masing-masing berasal dari Perak, Johor
dan Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Perak di sini hari ini.
Tambah
Hasnan, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek mendapati mereka terlibat
dalam 11 kes jenayah dan penipuan di Perak, Kuala Lumpur, Negeri
Sembilan dan Selangor membabitkan kerugian sehingga RM1.6
juta.
“Modus
operandi kumpulan yang didalangi seorang lelaki berusia 31 tahun itu ialah
menyamar sebagai Datuk Seri dan menggunakan nama orang kenamaan dengan
menawarkan projek yang tidak wujud di Langkawi, Kedah, Selangor dan Kuala
Lumpur.
“Kumpulan
itu juga didapati menawarkan urusan mendapatkan darjah kebesaran, bintang dan
pingat Yang di-Pertuan Agong palsu,” katanya. - K! ONLINE