Ahad, 3 Mac 2013

Seorang lagi mayat ditemui dan 19 orang berjaya diselamatkan


LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang, semalam. 

"Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang. 

"Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Ismail berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga anggota mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada pihak awam dan media. 

"Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban," katanya.

Penduduk pukul penceroboh hingga mati


Post Pic
SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Jumlah kematian meningkat - adakah kejadian ini akan dibiarkan terus berlaku????


Post Pic
SEMPORNA: Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.
Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.

Dua Anggota Polis Ditembak Kumpulan Bersenjata di Kg Simunul - Pesuruhjaya Polis Sabah


LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam serangan hendap yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada pukul 7 petang Sabtu.
Pesruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke kampung berkenaan untuk mencari beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api.
"Anggota polis memasuki kampung itu dan ketika mereka sedang berjalan di atas titi gantung mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.
"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.
Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.
Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.
Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh.

Presiden Filipina beri amaran keras kepada Sultan Sulu


Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang “amat tegas” jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.
Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.
Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Komando Malaysia Bersedia Gempur Penceroboh di Lahad Datu


Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...