Rabu, 9 Januari 2013

Tindakan tegas perlu diambil keatas mana-mana Pegawai dan anggota Polis yang cuai


SHAH ALAM: Polis Selangor mengarahkan supaya suspek atau orang kena tuduh (OKT) digari di bahagian belakang bagi mengelak mereka melarikan diri semasa dibawa ke sesuatu tempat seperti mahkamah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Negeri Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kepada semua Ketua Polis Daerah (OCPD) di Selangor. 

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini, beliau berkata, anggota polis yang didapati cuai ketika melakukan tugasan sehingga menyebabkan suspek atau OKT melarikan diri, berdepan dengan hukuman termasuk dipenjarakan. 

GAMBAR TAHANAN YANG MELARIKAN DIRI


Polis dibelasah penjenayah: Sembur serbuk lada
BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.

Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.

Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.

Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.

Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.

120 anggota polis buru tahanan melarikan diri


CUAI DAN TIDAK CAKNA DENGAN TUGAS YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang mengerahkan 120 anggotanya bagi memburu tujuh tahanan yang meloloskan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dekat sini, semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, gerakan memburu penjenayah terbabit turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Udara Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. 
"Kita yakin banduan berkenaan masih berada di sekitar Tasek Gelugor dan polis telah membuat sekatan jalan raya di seluruh kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Tek A di sini, hari ini. 

Wanita Indonesia ditemui mati di Flat Sri Kuching

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan dua kesan tetakan pada lehernya, di rumah sewanya di Flat Sri Kuching di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata wanita berusia 36 tahun itu dipercayai mati akibat dibunuh, pagi ini. 
"Mayat mangsa ditemui berpakaian lengkap dan terlentang di dalam bilik air. Terdapat kesan lebam pada mata serta dua tetakan di belakang lehernya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...