Jumaat, 23 Oktober 2015

Jual Minuman Berperisa Dadah


KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita tempatan dipercayai anggota sindiket menjual minuman botol berperisa dadah dengan nilai rampasan sebanyak RM1.14 juta di sekitar Kepong dan Gombak, pada Rabu.

Dalam operasi bermula 8.45 malam Selasa sehingga 7 pagi semalam itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia 33 hingga 43 tahun dalam tiga serbuan berasingan.

Tiga Kertas Siasatan Terhadap Dr Mahathir Dibuka

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung aduan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
"Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu berkaitan Klang Report 33074/14 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...