AZIZAH Isa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. |
KUALA PILAH 19 Jun - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh ibu remaja tersebut dengan mengelar leher wanita itu dengan sebilah pisau di Pasar Gemencheh, Tampin, minggu lalu.
Gadis tersebut bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengelar leher Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau hingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di depan Pasar Gemencheh, Tampin pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu.