Memaparkan catatan dengan label Suami isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suami isteri. Papar semua catatan

Jumaat, 12 September 2014

Suami isteri warga Indonesia ditemui mati di ladang


NILAI - Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul dalam rumah mereka di sebuah ladang buah di Kampung Gebok, Mantin di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 itu, pasangan berusia lingkungan 30-an tersebut dijumpai oleh pasangan peniaga buah naga semasa mereka tiba untuk mengambil buah di ladang berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan. - KOSMO!

Isnin, 23 Jun 2014

Suami Isteri Ditahan Bersama 80 Botol Heroin


DUNGUN: Sepasang suami isteri diberkas bersama 80 botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM36,000 dalam serbuan jam 9 malam di rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suami berkenaan berusia 21 tahun sementara isterinya berusia 17 tahun.

"Hasil pemeriksaan polis di dalam sebuah bilik rumah suspek itu menemui 10 botol berisi serbuk putih dipercayai heroin sebelum suspek membawa polis ke belakang rumahnya.

"Siasatan lanjut kami berjaya menemui 70 botol lagi berisi serbuk yang sama yang dibungkus di dalam kertas surat khabar dan diletakkan di dalam sebuah tin biskut," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Khamis, 1 Mei 2014

SUAMI ISTERI MENAGIH DADAH DITAHAN


BESUT - Seorang pembantu am rendah sebuah sekolah menengah dan isterinya, antara 35 orang yang ditahan kerana menagih dadah hasil Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan di sekitar Besut, kelmarin.

Pasangan suami isteri yang berusia 35 dan 34 tahun itu ditahan di rumah mereka di sebuah kampung di Jabi, awal pagi kelmarin.

Operasi membabitkan empat pegawai dan 39 anggota dilakukan di kawasan pentadbiran empat balai polis iaitu Balai Polis Jertih (turut membabitkan Dun Jabi), Pasir Akar (Hulu Besut), Kampung Raja dan Kuala Besut bermula jam 1 hingga 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebanyak 37 serbuan dilakukan di lokasi yang dikenal pasti, tetapi daripada jumlah itu, tujuh serbuan gagal.

Menurutnya, sebelum itu seramai 45 orang ditahan untuk pemeriksaan, namun sembilan didapati negatif.

Jumaat, 7 Jun 2013

Lelaki ajak isteri mencuri

Gambar hiasan

Shah Alam: Disebabkan perniagaan pelapik kaki yang diusahakannya secara dalam talian kurang mendapat sambutan, seorang lelaki berusia 28 tahun sanggup mengajak isterinya mencuri beg tangan pengunjung wanita di surau pusat beli-belah dan tempat tumpuan awam sekitar negeri ini sejak lebih setahun lalu.
Selain isterinya yang berusia 26 tahun, lelaki terbabit membawa anak angkat perempuannya berusia empat tahun untuk melakukan kerja kotor itu bagi mengaburi mata orang ramai terhadap kehadirannya di surau berkenaan.
Semua itu dilakukan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah dan cepat bagi menampung kehidupan mereka memandangkan suami isteri terbabit tiada pekerjaan tetap.

Jumaat, 27 Julai 2012

Menyamar suami isteri, samun guru


SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami isteri yang mahu menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini semalam, sebelum bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang ke tabika berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua guru terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kedua-dua suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang kemudian menyerbu masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan barang berharga.

“Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan barangan kemas, dua telefon bimbit bernilai lebih RM500.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan kanak-kanak yang berada di dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan berada di pejabat mereka,” katanya di sini, semalam.

Rabu, 20 Jun 2012

Suami isteri aktif mencuri diberkas


ACP DIN Ahmad menunjukkan barangan curi yang dirampas daripada
pasangan suami isteri pada sidang akhbar di IPD Batu Pahat

BATU PAHAT 19 Jun - Polis melancarkan operasi 'Ops Pintu Ain' bagi memburu dan memberkas sepasang suami isteri yang aktif mencuri pelbagai barangan sejak April tahun lalu.

Operasi yang dinamakan sempena singkatan nama suspek wanita itu berhasil apabila pasangan tersebut dicekup di rumah mereka di Peserai di sini pukul 2.15 petang pada 6 Jun lalu.

Pasangan itu yang berkahwin sejak dua tahun lalu menjadikan kedai menjual telefon bimbit, kereta dan hotel di Batu Pahat ini dan Muar sebagai sasaran mereka.

Suspek lelaki berusia 26 tahun dan berasal dari Masjid Tanah, Melaka manakala isterinya berusia 25 tahun dan berasal dari Peserai.

Jumaat, 18 Mac 2011

Lelaki tumbuk isteri, syak main kayu tiga

KOTA MARUDU 17 Mac - Polis menahan seorang lelaki kerana mencederakan isterinya di rumah mereka di Kampung Samparita dekat sini, baru-baru ini.

Tindakan lelaki berkenaan dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu selepas mengesyaki isterinya itu bermain kayu tiga.

Suspek dilaporkan menumbuk serta mengacukan parang di leher isterinya yang berusia lingkungan 40-an setelah dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Isa Yusof berkata, mangsa membuat laporan di balai polis di sini berhubung kejadian itu pada Ahad lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...