Rabu, 23 Disember 2015

DSP Dipenjara 100 tahun, 15 sebat kerana rogol, liwat

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 100 tahun dan 15 kali sebatan terhadap seorang pegawai kanan polis bagi lima pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan, tiga tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad mendapati Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, 56 bersalah atas empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan meliwat remaja berumur 13 tahun antara Februari dan Mei 2012.

Hakim memerintahkan hukuman 20 tahun penjara masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak, manakala tiga pertuduhan lagi, masing-masing 20 tahun penjara dijalankan secara berturut-turut.

Lima Suspek Kes Bunuh Kanak-Kanak Perempuan Di Semenyih Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan termasuk kes tembak mati seorang bapa dan anak perempuannya di Pekan Semenyih November lepas. 

Semua suspek berusia 28 dan 29 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak dua tahun lepas. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, semua suspek terbabit ditahan di sekitar Kajang, Bandar Sunway serta Bangi dekat sini bermula Jumaat hingga Ahad.

Orang Awam Bantu Berkas Lelaki Rompak Wanita

SANDAKAN: Seorang lelaki yang dipercayai merompak seorang wanita di sini berjaya diberkas polis dengan bantuan orang awam, Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa, seorang wanita berusia lingkungan 30-an sedang duduk di dalam kereta sambil menunggu seorang rakannya.
Seorang lelaki kemudian tiba-tiba masuk ke dalam kereta tersebut dan mengacukan sebilah pisau ke pinggang kiri mangsa, katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...